Assalamualaikum semua pendekar di dunia ini, blog ini merupakan salah satu media untuk pssgmsmkpt berhubung dan berkongsi maklumat dengan orang lain, sekiranya berkesempatan anda semua boleh juga melawat facebook kami di alamat https://www.facebook.com/pssgmsmk.padukatuansegamat?fref=ts
facebook ni dah lama aktof semenjak tahun 2009 lagi.
showtime
Friday, 12 February 2016
Wednesday, 10 February 2016
SHOW HARI GURU 2014
Atas permintaan cikgu-cikgu paduka Tuan.. aku berusaha mengumpulkan seramai mungkin bekas-bekas pesilat untuk membuat persembahan sempena Hari Guru. hmmm sungguh luar biasa, semua Alumni menunjukkan kerjasama yang hebat, sanggup ambil cuti semata-mata untuk menunaikan hajat guru sekolah lama... semoga Allah memberkati kalian.
Antara barisan alumni yang hadir, kehebatan mereka mempamerkan gerak memang tidak dapat disangkal.. memukau semua para hadirin dengan pelbagai gerak tangkas dan mendebarkan apabila melibatkan buat sembat,tongkat dan parang puuuuhhhh.
gambar ni diambil selepas sahaja persembahan, mmm ramai la jugak bila digabung senior n junior
aku pun nak tummpang sekaki "JURULETIH"
Aksi mempromosikan jejaka malaya terakhir
dari kiri
nasrul,aidil,paan,c'mong,eqmal,wan piah,hilman,etho
semua nyer single, so sesapa yang nak cari calon boleh la booking ok.
PERHIMPUNAN RAKAN WAJADIRI JOHOR 2011
Pertandingan rakan waja diri Johor pada tahun 2011 ini, menetapkan setiap perguruan mempamerkan aksi perguruan masing-masing dalam format bebas. jom klik pada video kalau nak tgk aksi kami pada masa ni.. psst diumumkan sebagai JOHAN hehehe riak...riak....
Tuesday, 9 February 2016
LATIHAN OPENING SESI 2016
salam, pepagi je bila sampai gelanggang kami dikejutkan dengan kehadiran para otai lama..(alumni) ooo patut la... rupanya sedang cuti semester katanyer. Jadi kami pun memulakan latihan dengan kata-kata aluan oleh guru atas kehadiran pesilat baru dan lama.
ini abg amin,,, da lama abis sekolah.. tapi masih bersilat di tempat asal.. jadilah d
seperti abang amin.
dari kiri, cg soha, abg amin, abg samsul,cg azami, abg nasrul dan cg doli
xde sorg pun abg kat sini pakai merah atau kuning, sebab alasannya.. "malas r cikgu... saya suka belajar silat jek", "xpe la pakai kaler apa pun" adehhhh
selfie dulu sebelum balik rumah
ini saja pelajar baru yang hadir.. dimaklumkan pelajar sidang petang tak sempat diberitahu pasal latihan pagi ni..
posing dari abam-abam dan kakak-kakak silat
cg azami fokus kepada awan putih.
Alhamdulillah... telah masuk 8 tahun usia gelanggang gayong di sekolah ini,, masih berbisa itu sahaja yang aku boleh simpulkan.. saban tahun sering menghasilkan pesilat-pesilat untuk mewakili segamat, dan mewakili sukma Johor.. malahan sukatan silat sering diutamakan di gelanggan hingga kini.. memang banyak dugaan, hanya Allah yang tahu... semoga Allah memberkati usaha kecik kami dalam meneruskan gelanggang demi agama, bangsa dan negara.. Allahuakhbar!
PERSEMBAHAN SILAT HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2011
Barisan pesilat 2011
antara jaguh jaguh di dalam gelanggang
masa nie saya seorang sahaja yang mengendali gelanggang
biasala... sebelum mula show mesti ada raptai dulu...
Abang samsul ke depan tu ke? hehehe
gerakkan bunga tanjung
tempur puteri batch pertama
tempur putera batch pertama yang banyak memberi kebanggan kepada sekolah hingga sekarang.
abg paan vs abg amin
miss u all!!!
KEM PEMANTAPAN SILAT SENI 2015
Persatua silat smk paduka tuan telah mengorak langkah yang lebih jauh pada kali ini, kami telah melibatkan gelanggang dari Persatuan Silat Rumpun Sarawak. Penghargaan kepada cg Azami yang berusaha mengeluarkan wang sendiri untuk memastikan dua Pendekar dari Sarawak ini dapat hadir.
team masal sedang diberi tunjuk ajar
pasukan masal lelaki
Pasukan tempur putra turut menerima tunjuk ajar
Masal lelaki sedang bersedia untuk menunjukkan hasil tunjuk ajar sifu
team muzik menunjukkan komitmen yang bermain muzik sepanjang latihan diadakan
akhir kem, kami bergambar sebagai tanda kenangan
gaya bebas!
Akhir kata. kem ini telah berjalan lancar, banyak pendedahan idea yang sama-sama kami terokai, pelbagai langkah baru dapat dicipta apabila 4 guru bersatu memikir langkah langkah silat yang indah.. yang pastinya pasukan silat smk paduka tuan telah masuk ke dalam fasa baharu. Semoga kalian berjaya.
Monday, 8 February 2016
LAGI GAMBAR LAMA
Gambar sejurus sahaja latihan mingguan, kebnayakkannay budak baru hahaha
barisan alumni yang teguh berdiri memberi sokongan padu kepada gelanggang gayong paduka tuan
produk JURUS PUTERI yang telah tiga tahun menjuarai kejohanan peringkat daerah.(negeri jangan ditanya.DILARANG)
Barisan pesilat unggul yang telah menjuarai sebanyak 4 kali johan keseluruhan berturut-turut
ceh eksen le tuuu
posing selepas sesi penyampaian hadian pasukan silat untuk peringkat daerah. penyampaian hadiah pada pagi ni disampaikan sendiri oleh yang berusaha tuan pengetua en, Balakrishnan a/l Appukuttan Nair. tq sir!
Sunday, 7 February 2016
GAMBAR-GAMBAR LAMA....
kenangan...............
hahaha nie gambar masa muda... sahabat gayong baru sahaja majlis bersanding... siap main parang berapi hahha.
peserta JURUS GERAK PUTERI BATCH 1, baju masa ni pinjam sahaja.. x mampu nak beli... anyway telah memberikan saingan yang sengit pasa sang juara ketika itu
Produk silat kami, Saudara Farhan Haziq b Bahar, Jurus Tunggal dalam SUKMA Perlis. Hanya mampu berjuang hingga ke final sahaja. Terima kasih kerana menjadi kebanggaan kami.
PERSEMBAHAN SEMPENA HARI SUKAN SEKOLAH
salam.. gambar di bawah diambil selepas sahaja semua pesilat membuat persembahan sempena hari sukan sekolah.. agak ramai yang hadir begitu juga dengan para alumni yang turut sama menyumbang tenaga dalam menjayakan persembahan ini.
PERSATUAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA SMK PADUKA TUAN
Assalamualaikum.. kepada semua pendekar.. sekali lagi saya cuba menjayakan sebuah blog silat gayong sekolah saya, yang dulu mungkin terlalu lama nak "updated" hingga lupa password
Subscribe to:
Comments (Atom)



































